Saturday, September 23, 2006

 

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki jika
melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang
kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan pandangan
rahmat."


Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka
gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka
berdua.


Diceritakan dari Nabi s.a.w.: Sesungguhnya seorang lelaki itu
(ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat mendapat
pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak lelaki yang
ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.

Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud berkata: Jalan yang
paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan senyuman,
kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai
perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti
mengetahui hak suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke
atas suami, berdasarkan firman Allah s.w.t.: "Para suami mempunyai
satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (Al-Baqarah: 228)

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?